Sunday, May 22, 2011

Terima Kasih Cikgu.....



Belum sempat setahun mencurahkan khidmat bersama Panitia Geografi, atas dasar 'Saya Yang Menurut Perintah' maka pihak kami telah kehilangan seorang guru yang berwibawa iaitu Encik Ganavathy.

Walaupun berpindah ke SMK Taman Tuanku Jaafar mulai Januari lepas atas tiket Bahasa Tamil, tetapi dedikasi beliau terserlah kerana sanggup mengajar mata pelajaran yang belum pernah diajar sebelumnya iaitu Geografi. Sebagai seorang guru, beliau sentiasa memperbaiki kelemahan diri demi menjamin semua anak didiknya cemerlang dalam menimba ilmu.

Pihak Panitia Geografi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala jerih perih En Ganavathy semasa memberi tunjuk ajar kepada pelajar SMK Taman Tuanku Jaafar dan menyumbangkan sebanyak mungkin idea demi memajukan panitia ini.

Terima kasih Daun Keladi:


No comments:

Post a Comment