Showing posts with label aktiviti pg. Show all posts
Showing posts with label aktiviti pg. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Meninjau Panitia Geografi sepanjang 2011

SEHARI SEBAGAI JURUFOTO / SUKANEKA

Program yang bakal dijalankan oleh panitia Geografi untuk mengisi aktiviti selepas PMR ialah Sukaneka dan Sehari Sebagai Jurufoto.

Sukaneka bakal dijalankan pada 19 Oktober 2011 bersama panitia Sejarah.

Sehari sebagai jurufoto pula merupakan aktiviti gabungan bersama Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2011.  Seramai 31 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta dan tiada lagi kekosongan tempat.

Peserta akan dibimbing oleh Krew Lensa untuk memahirkan teknik-teknik asas dalam bidang fotpgrafi dan berkenlan dengan butang-butang yang terdapat pada sebuah kamera.  Peserta juga akan merakamkan gambar yang paling menarik dan kreatif bersama tunjuk ajar fasilitator.  Tema pertandingan akan diberitahu semasa sesi taklimat dijalankan.  Peserta akan menghantar sebanyak 2 keping gambar paling menarik kepada penganjur untuk proses pengundian.

Pengundian akan melalui 2 peringkat iaitu, semua gambar terbaik peserta akan dimuatnaikkan ke dalam Facebook 'Lensa SMKTTJ' untuk diundi berdasarkan jumlah paling banyak 'Like', serta pemilihan oleh beberapa orang pakar dalam bidang fotografi.  Hadiah berupa wang tunai untuk 3 tempat teratas dan 7 hadiah saguhati.  Selain itu, fasilitator terbaik juga akan diberi satu hadiah misteri....

Meninjau Panitia Geografi sepanjang 2011

14 Oktober 2011

Mesyuarat bidang kemanusiaan telah dijalankan di bilik komputer SMKTTJ.   Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Alias bin Abdullah selaku Ketua Bidang Kemanusiaan.



Meja Maklumat Bilik Geografi dan Kantin SMKTTJ

Pelajar lepasan PMR dipertanggungjawab sepenuhnya untuk menghias meja maklumat di bilik Geografi dan kantin sekolah.  Selain itu, mereka juga akan mengubahsuai keceriaan bilik Geografi untuk memberi keselesaan kepada pengguna pada masa akan datang.







Tuesday, August 9, 2011

Bulan Kemanusiaan

Salam Ramadhan buat semua pembaca dan pegikut blog Panitia Geografi SMKTTJ.  Agak lama tidak mengemas dan menyapu di halaman blog ini hingga bersawang.  Al-maklum la pembantu rumah tidak lepas semasa memohon untuk pendaftaran biometrik.  Jadi, untuk tidak dipanggil PATI, maka terpaksalah kami menghantar pulang melalui jalan air menongkah arus Selat Melaka dari Jeti Kapal Port Dickson.  


Mulai 15 Ogos 2011, Bidang Kemanusiaan akan menganjurkan Bulan Kemanusiaan sempena bulan kemerdekaan bermula 01 Ogos hingga 16 September.  Memandangkan sekarang bulan keberkatan bagi umat Islam, segala aktiviti luar telah dikurangkan dan majlis pelancaran Bulan Kemanusiaan akan dijalankan dalam suasana sederhana.


Bersempena dengan itu, Panitia Geografi juga akan menganjurkan beberapa aktiviti yang difikirkan boleh mengetengahkan dan menyerlahkan bakat serta kreativiti pelajar SMKTTJ.  Penglibatan semua pelajar akan menambahkan kemeriahan semasa aktiviti ini berjalan.


Aktiviti Panitia Geografi:


1.  Penghasilan blog mata pelajaran Geografi - semua pelajar yang telah mempunyai blog peribadi mahupun sedang mengendalikan blog dibawah pemantauan guru dialu-alukan untuk menghasilkan blog mata pelajaran Geografi.  Segala isi kandungan blog tidak terikat hanya kepada sukatan dan tajuk-tajuk yang dipelajari di sekolah, malahan pelajar boleh menuliskan tentang apa sahaja isu berkaitan Geografi global seperti hidupan liar dunia, tempat menarik untuk dilawati, fakta-fakta menarik atau apa sahaja tentang geografi.  Anda boleh menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris mahupun bahasa lain yang dikuasai oleh blogger.  Pastikan blog anda dilinkkan di ruang sembang atau menjadi follower blog ini.


2.  Pertandingan Power Point - khusus kepada mereka yang meminati bidang grafik designer.  Jumlah minimum slide ialah 15 keping.  (Tarikh hantar:  25 Ogos 2011)


3.  Nota Gantung@Kad Berantai - Cuba mencungkil kreativiti pelajar semasa menghasilkan nota ringkas.  Tajuk nota akan diberikan di penghujung siaran. (Tarikh hantar:  25 Ogos 2011)


4.  Decoupage (3R) - Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menambah wang saku.  Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini akan diberi tunjuk ajar percuma tentang cara-cara menghasilkan decoupage.  Sesi pertama tunjuk cara akan dilakukan pada 16 Ogos 2011 (selasa) jam 0800 pagi hingga 1030 pagi - dan sesi kedua akan menyusul pada 18 Ogos 2011 (Khamis) mengikut ketetapan yang sama.  Pelajar sesi petang yang berminat untuk menambah wang saku, anda boleh hadir dengan membawa kotak kosong, botol jem, botol plastik atau apa sahaja bahan yang ingin dihiaskan, serta bawa bersama sponge dan berus lukisan.  Hasil kerja pelajar mesti dihantar pada hari yang sama untuk pemilihan pemenang.


Tajuk Power Point dan Nota Gantung@Kad Berantai:
1. jerebu
2. pencemaran sungai
3. hidupan liar di dunia
4. tumbuh-tumbuhan semulajadi di dunia
5. kesan negatif pembandaran
6. kepentingan tanah tingg
i