Wednesday, May 23, 2012

Kitar Semula


Image Detail

Kitar semula melibatkan satu proses 3R iaitu 'Reduse, reuse dan recycle' untuk barangan seperti plastik, kaca, kertas,logam, tekstil, barangan elektronik dan apa sahaja barangan yang boleh digunapakai semula.
Proses kitar semula pula merujuk kepada usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan yang dianggap sebagai sampah.  Kitar semula membolehkan barangan sampah itu diguna sebaik mungkin dan boleh memberi pulangan wang kepada penciptanya.

Terdapat beberapa kepentingan kitar semula kepada individu, masyarakat, persekitaran dan negara.  Antara kepentingan kitar semula ialah:
1.  Mengurangkan pencemaran alam sekitar - apabila masayarakat mengamalkan gaya hidup kitar semula, masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif.
2.  Memupuk sikap berjimat cermat - sikap berjimat cermat memberi banyak manfaat kepada pengamalnya seperti mereka boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber terutamanya sumber yang tidak boleh diperbaharui.
3.  Menceriakan alam sekitar - melalui amalan kitar semula kita boleh menceriakan persekitaran yang suram dengan mengubahnya melalui pengubahsuaian terhadap barang sedia ada.  Contohnya, menghias semula kotak-kotak kasut dan diguna semula untuk menyimpan alat tulis.
4.  Mengurangkan penggunaan sumber - melalui kitar semula, kita boleh mengurangkan penggunaan dan pembelian terhadap sumber serta dapat menjamin bekalan sumber boleh digunakan oleh generasi berikutnya.
5.  Menambah sumber pendapat - sesetengah barangan kitar semula mempunyai nilai yang sangat tinggi.  Ini dapat memberi pulangan kepada pengamalnya serta membantu menyelamatkan alam sekitar.


Kertas
Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai. Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan. Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar. Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan.
Image Detail
Plastik
Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut kategori. Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas. Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.

Image Detail
Kaca
Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca jernih Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol. Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman

Image Detail
Image Detail

Image Detail

Image Detail

Image Detail


Image Detail

TONG KITAR SEMULA SERATA DUNIA
Greece
Sepanyol

Valencia, Sepanyol

australia recycle bin
Australia


glaskow recycles bin
Scotland



uk recycle bin
United Kingdom

toronto
Toronto
Changi, Singapura
Berlin, Jerman

Curitiba, Brazil

Thailand