SEHARI SEBAGAI JURUFOTO / SUKANEKA
Program yang bakal dijalankan oleh panitia Geografi untuk mengisi aktiviti selepas PMR ialah Sukaneka dan Sehari Sebagai Jurufoto.
Sukaneka bakal dijalankan pada 19 Oktober 2011 bersama panitia Sejarah.
Sehari sebagai jurufoto pula merupakan aktiviti gabungan bersama Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2011. Seramai 31 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta dan tiada lagi kekosongan tempat.
Peserta akan dibimbing oleh Krew Lensa untuk memahirkan teknik-teknik asas dalam bidang fotpgrafi dan berkenlan dengan butang-butang yang terdapat pada sebuah kamera. Peserta juga akan merakamkan gambar yang paling menarik dan kreatif bersama tunjuk ajar fasilitator. Tema pertandingan akan diberitahu semasa sesi taklimat dijalankan. Peserta akan menghantar sebanyak 2 keping gambar paling menarik kepada penganjur untuk proses pengundian.
Pengundian akan melalui 2 peringkat iaitu, semua gambar terbaik peserta akan dimuatnaikkan ke dalam Facebook 'Lensa SMKTTJ' untuk diundi berdasarkan jumlah paling banyak 'Like', serta pemilihan oleh beberapa orang pakar dalam bidang fotografi. Hadiah berupa wang tunai untuk 3 tempat teratas dan 7 hadiah saguhati. Selain itu, fasilitator terbaik juga akan diberi satu hadiah misteri....
No comments:
Post a Comment