Monday, May 30, 2011

Kolaborasi Kursus Pembinaan Blog

Isnin. 30 Mei 2011

Bertempat di Perpustakaan SMK Taman Tuanku Jaafar dan Bilik Komputer SMK Taman Tuanku Jaafar, kolaborasi kursus pembinaan blog antara panitia, unit khas dan unit HEM telah dijalankan.

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada guru dan pelajar tentang kemahiran membina blog, menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti panitia, unit-unit khas dan unit HEM sepanjang tahun, mencungkil dan menyerlahkan kreativiti serta inovasi guru dan pelajar. Selain itu ianya juga dapat memupuk sikap positif dan beretika tentang penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar, guru dan komuniti.

Lebih kurang 130 orang guru dan pelajar telah mengikuti kursus tersebut yang berjalan mulai jam 0800 pagi hingga 0500 petang. 

Majlis penutupan kursus telah dirasmikan oleh Tuan Abdullah b Yusuf, Ketua Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan.  Terima kasih kepada para fasilitator seramai 10 orang yang datang sejauh 100 km dari SMK Jelai (Felda) ke SMK Taman Tuanku Jaafar.

Terima kasih dari kami, Panitia Geografi SMK Taman Tuanku Jaafar kepada pihak penganjur kerana telah menganjurkan satu kursus yang bermanfaat dan amat berguna kepada semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar.

Terima Kasih Daun keladi..








































No comments:

Post a Comment