Thursday, May 26, 2011

Recycle, Reuse, Reduse (3R)

Panitia Geografi SMK Taman Tuanku Jaafar menerapkan konsep kitar semula dalam penggunaan bahan terbuang di persekitaran sekolah. Antara barangan yang digunapakai semula ialah kotak kertas A4 Indah Kiat, botol plastik, botol kaca, bekas aiskrim dan kertas. Sesetengah barangan yang dikitar semula dijual untuk menambah tabung persatuan Geografi.

Konsep

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara ( dari pembakaran ), dan pencemaran air ( dari tapak perlupusan ) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan ".

Kepentingan kitar Semula Kepada kita dan alam sekitar:



Bahan-bahan Kitar Semula

Kertas

Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-kertas tadi mengikut gred. (Klik pada laman gred kertas)

Plastik

Terlalu banyak plastik boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula

Kertas kadbod keras

Barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-kotak tersebut daripada membuangnya begitu sahaja.

Kaca

Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain.

Pakaian

Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Tahukah Anda?
2 tin minuman yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga untuk menghidupkan televisyen selama 6 jam.

2 botol kaca yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga untuk menghidupkan komputer selama 50 minit.

2 botol plastik yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga untuk menghidupkan mentol lampu 120-watt selama 6 jam.

70% tenaga dapat dikurangkan dengan mengitar semula kertas berbanding dengan membuatnya dari bahan mentah.

Sebanyak 70% sampah yang dibuang boleh dikitar semula.

Tenaga yang tidak dilepaskan dari tong sampah biasa setiap tahun boleh menghidupkan televisyen selama 5000 jam.

Secara puratanya, 20% dari wang yang kita gunakan untuk membeli barang ialah bayaran untuk pembungkusnya yang akhirnya menjadi sampah.

60% sampah dari tong sampah biasa boleh digunakan untuk membuat baja.

75% bahagian kenderaan boleh dikitar semula.

Apabila sampah dikitar semula, ia akan menjadi produk yang baru, ia tidak akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah atau mesin pembakar. Jadi, penggunaan ruang tanah dapat dijimatkan dan dapat mengurangkan pencemaran udara

No comments:

Post a Comment