Tuesday, May 10, 2011

Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah

09 Mei 2011, Isnin

Bertempat di SMK Tunku Ampuan Najihah Seremban, mesyuarat pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi daerah Seremban, Rembau dan Port Dickson diadakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan sistem pemarkahan Kerja Kursus Geografi (KKG) 2011.

Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan seperti aspek objektif kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian. Kerja kursus Geografi berjalan selama 6 bulan bermula bulan Februari hingga Julai untuk memenuhi sebahagian syarat dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Geografi.








No comments:

Post a Comment