Saturday, May 28, 2011

Blink.blink!

BATU PERMATA

Jenis-jenis batu permata:
-agate

-amethyst

-cat's eye

-emerald

-lapis lazuli

-moonstone

-opal

-peridot

-quartz

-ruby

-rutile quartz

-sapphire

-tiger eyes

-topaz

-tourmaline

-turquoise

-zircon

Batu permata merupakan sejenis mineral yang didapati dari dalam bumi yang diproses untuk dijadikan barang kemas/perhiasan wanita. Batu permata diklasifikasikan berdasarkan Skala Mohr. Skala kekerasan mineral Mohr ini mengelaskan sesuatu bahan mineral berdasarkan kemampuannya untuk menggores mineral yang lain.

Batu yang paling keras:

Berlian merupakan batu yang paling keras di dunia. Disebabkan berada pada skala teratas dalam Skala Mohr, berlian digunakan untuk pelbagai kegunaan memotong, menggerudi dan mengilap. Berlian juga popular digunakan sebagai perhiasan perkahwinan kerana ianya tahan calar dan berharga mahal. Sebenarnya, berlian juga mempunyai pelbagai warna. Berlian berwarna adalah disebabkan mempunyai bendasing atau kecacatan struktur yang menyebabkan pewarnaan manakala berlian tulen adalah tidak berwarna atau jernih.

No comments:

Post a Comment