Wednesday, April 6, 2011

Pelajar cemerlang spm 2010

Seramai dua orang calon SPM SMK Taman Tuanku Jaafar telah mengambil mata pelajaran Geografi sebagai mata pelajaran tambahan. Mereka ialah Syafik dan Mohd fiqri dari 5 Amanah. Selepas keputusan SPM diumumkan tanggal 23 Mac 2011 (Rabu), kedua-dua calon telah mendapat keputusan yang cemerlang. Syafik memperolehi A dan Fiqri, B+. Tahniah buat kedua-dua pelajar. Tahun 2011, seramai 3 calon SPM telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan mata pelajaran SPM yang bakal menjelang bulan November nanti. Mereka ialah Nur Fayyaddah ( 5 Amanah), Nur Farhah Khalidah dan Noridayu dari 5 Cekap. Ketiga-tiga puteri ini diharap dapat belajar dengan tekun dan yakin boleh di bawah tunjuk ajar guru Geografi iaitu Puan Sabariah. Selamat Belajar....

No comments:

Post a Comment