Thursday, April 14, 2011

Farah Auni....!!!!!

13 dan 14 April 2011, berlangsung perlawanan catur MSSN Zon Seremban 2. Seramai 16 peserta yang mewakili 4 kategori telah mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

Catur, memerlukan kepada kepantasan dan kepintaran pemain untuk menyelamatkan semua bala tentera, raja dan permasuri. Hanya segelintir sahaja pelajar yang benar-benar menguasai permainan catur kerana ianya mengguna ketahanan mental dan fizikal.

Namun begitu, tahniah kepada semua pemain yang telah mewakili sekolah walaupun ada antara mereka tidak berjaya menggondol sebarang pingat. Bukan pingat yang dikejar tetapi pengalaman bermain catur di khalayak amat berbeza dengan bermain catur bersama rakan-rakan di sekolah.

Farah Auni bt Zamri, pelajar 3 Amanah telah menunjukkan bakat yang begitu membanggakan kerana telah berjaya menundukkan pemain wakil negeri tahun 2010 untuk membolehkan beliau menduduki tempat ke empat daripada 65 pemain.

Pencapaian yang memberangsangkan juga turut digenggam oleh Nurul Nadhirah bt Ramli tempat ke 16 daripada 67 pemain. Manakala pencapaian pasukan ialah perempuan bawah 15 dan bawah 18 menduduki tempat ke 6 peringkat zon Seremban 2.

Tahniah buat semua pemain yang telah memberi sepenuh tumpuan semasa perlawanan catur dijalankan.

Salie292.















No comments:

Post a Comment