Thursday, April 7, 2011

NAFISAH

06 April 2011: Tepat jam 1400 pm, satu ceramah teknik menjawab mata pelajaran Geografi telah dijalankan di bilik Mesyuarat SMK Taman Tuanku Jaafar.

Penceramah yang diundang merupakan Guru Cemerlang Geografi Negeri Sembilan iaitu Puan Aminah bt Rahman dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SHAM), Seremban.

Teknik menjawab kertas Geografi PMR dirancang khusus buat pelajar Kelas Rancangan Khas SMK Taman Tuanku Jaafar seramai 60 orang pelajar. Matlamat utama teknik menjawab ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk melakukan persediaan dalam menghadapi PMR yang bakal mendatang.

Salah satu teknik yang diperkenalkan kepada calon PMR 2011 ialah Teknik NAFISAH. Teknik ini merangkumi pelbagai aspek seperti:

1 ~ Ulang Tulis dan Sebut 5 Kali dan Anda Hafal Semua Fakta

2 ~ Ulang Tanda, Tulis dan Sebut Serentak

3 ~ Tulis, Sebut Berulang-ulang

4 ~ Ujian Pengukuhan 2 Jawapan

Teknik Nafisah dilihat mampu membuka minda pelajar dengan menekankan kaedah belajar sambil membaca, menulis, menghafal dan menyebut iaitu dengan mengguna pelbagai deria seperti mata, telinga, dan mulut. Apatah lagi pelajar digalakkan berimaginasi semasa melakukan ulangkaji sesuatu topik. Ini akan menguatkan daya ingatan dan hafalan seseorang pelajar malahan teknik ini tidak menjemukan serta boleh menghilangkan rasa mengantuk sama ada belajar seorang diri ataupun berkumpulan.

Terima kasih daun keladi diucapkan buat Puan Aminah yang sempat meluangkan masa untuk memberi sedikit ilmu kepada pelajar KRK kami yang bakal menduduki PMR nanti.

No comments:

Post a Comment