Saturday, October 15, 2011

Menjejak Dunia

Terlalu luas rasanya dunia ini untuk dijejak....Berbanding planet lain dalam sistem suria, bumi ni tidaklah besar mana pun tapi bila nak disingkap misteri serta keunikannya.....oh...terlalu banyak.

Tak apalah, kita selak-selak cerita dalam negara dulu lah.

PERLIS


Bendera Negeri Perlis
 Kuning ~ DYMM Raja Perlis
Biru ~ Rakyat
Bendera ~ Kerjasama yang erat di antara raja dan rakyat


Lingkaran padi ~ pekerjaan utama dan hasil utama negeri perlis iaitu padi
Perisai ~ Tanda kebanggaan negeri perlis kerana kekayaan hasil padi

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Raja ke-12)

 Tuanku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid




 Ibu Negeri ~ Kangar
Istana Arau

Stesen Kereta Api Padang Besar

 Padang Besar ~ lokasi paling utara di Semenanjung Malaysia

 Gua Kelam

Kuala Perlis

Meninjau Panitia Geografi sepanjang 2011

SEHARI SEBAGAI JURUFOTO / SUKANEKA

Program yang bakal dijalankan oleh panitia Geografi untuk mengisi aktiviti selepas PMR ialah Sukaneka dan Sehari Sebagai Jurufoto.

Sukaneka bakal dijalankan pada 19 Oktober 2011 bersama panitia Sejarah.

Sehari sebagai jurufoto pula merupakan aktiviti gabungan bersama Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2011.  Seramai 31 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta dan tiada lagi kekosongan tempat.

Peserta akan dibimbing oleh Krew Lensa untuk memahirkan teknik-teknik asas dalam bidang fotpgrafi dan berkenlan dengan butang-butang yang terdapat pada sebuah kamera.  Peserta juga akan merakamkan gambar yang paling menarik dan kreatif bersama tunjuk ajar fasilitator.  Tema pertandingan akan diberitahu semasa sesi taklimat dijalankan.  Peserta akan menghantar sebanyak 2 keping gambar paling menarik kepada penganjur untuk proses pengundian.

Pengundian akan melalui 2 peringkat iaitu, semua gambar terbaik peserta akan dimuatnaikkan ke dalam Facebook 'Lensa SMKTTJ' untuk diundi berdasarkan jumlah paling banyak 'Like', serta pemilihan oleh beberapa orang pakar dalam bidang fotografi.  Hadiah berupa wang tunai untuk 3 tempat teratas dan 7 hadiah saguhati.  Selain itu, fasilitator terbaik juga akan diberi satu hadiah misteri....

Meninjau Panitia Geografi sepanjang 2011

14 Oktober 2011

Mesyuarat bidang kemanusiaan telah dijalankan di bilik komputer SMKTTJ.   Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Alias bin Abdullah selaku Ketua Bidang Kemanusiaan.



Meja Maklumat Bilik Geografi dan Kantin SMKTTJ

Pelajar lepasan PMR dipertanggungjawab sepenuhnya untuk menghias meja maklumat di bilik Geografi dan kantin sekolah.  Selain itu, mereka juga akan mengubahsuai keceriaan bilik Geografi untuk memberi keselesaan kepada pengguna pada masa akan datang.







Tuesday, August 9, 2011

DEMAM......Peperiksaan Melanda!!!!! Lagiiiii......



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN...

PMR

SPM

MUDAH-MUDAHAN ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG..

Bulan Kemanusiaan

Salam Ramadhan buat semua pembaca dan pegikut blog Panitia Geografi SMKTTJ.  Agak lama tidak mengemas dan menyapu di halaman blog ini hingga bersawang.  Al-maklum la pembantu rumah tidak lepas semasa memohon untuk pendaftaran biometrik.  Jadi, untuk tidak dipanggil PATI, maka terpaksalah kami menghantar pulang melalui jalan air menongkah arus Selat Melaka dari Jeti Kapal Port Dickson.  


Mulai 15 Ogos 2011, Bidang Kemanusiaan akan menganjurkan Bulan Kemanusiaan sempena bulan kemerdekaan bermula 01 Ogos hingga 16 September.  Memandangkan sekarang bulan keberkatan bagi umat Islam, segala aktiviti luar telah dikurangkan dan majlis pelancaran Bulan Kemanusiaan akan dijalankan dalam suasana sederhana.


Bersempena dengan itu, Panitia Geografi juga akan menganjurkan beberapa aktiviti yang difikirkan boleh mengetengahkan dan menyerlahkan bakat serta kreativiti pelajar SMKTTJ.  Penglibatan semua pelajar akan menambahkan kemeriahan semasa aktiviti ini berjalan.


Aktiviti Panitia Geografi:


1.  Penghasilan blog mata pelajaran Geografi - semua pelajar yang telah mempunyai blog peribadi mahupun sedang mengendalikan blog dibawah pemantauan guru dialu-alukan untuk menghasilkan blog mata pelajaran Geografi.  Segala isi kandungan blog tidak terikat hanya kepada sukatan dan tajuk-tajuk yang dipelajari di sekolah, malahan pelajar boleh menuliskan tentang apa sahaja isu berkaitan Geografi global seperti hidupan liar dunia, tempat menarik untuk dilawati, fakta-fakta menarik atau apa sahaja tentang geografi.  Anda boleh menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris mahupun bahasa lain yang dikuasai oleh blogger.  Pastikan blog anda dilinkkan di ruang sembang atau menjadi follower blog ini.


2.  Pertandingan Power Point - khusus kepada mereka yang meminati bidang grafik designer.  Jumlah minimum slide ialah 15 keping.  (Tarikh hantar:  25 Ogos 2011)


3.  Nota Gantung@Kad Berantai - Cuba mencungkil kreativiti pelajar semasa menghasilkan nota ringkas.  Tajuk nota akan diberikan di penghujung siaran. (Tarikh hantar:  25 Ogos 2011)


4.  Decoupage (3R) - Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menambah wang saku.  Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini akan diberi tunjuk ajar percuma tentang cara-cara menghasilkan decoupage.  Sesi pertama tunjuk cara akan dilakukan pada 16 Ogos 2011 (selasa) jam 0800 pagi hingga 1030 pagi - dan sesi kedua akan menyusul pada 18 Ogos 2011 (Khamis) mengikut ketetapan yang sama.  Pelajar sesi petang yang berminat untuk menambah wang saku, anda boleh hadir dengan membawa kotak kosong, botol jem, botol plastik atau apa sahaja bahan yang ingin dihiaskan, serta bawa bersama sponge dan berus lukisan.  Hasil kerja pelajar mesti dihantar pada hari yang sama untuk pemilihan pemenang.


Tajuk Power Point dan Nota Gantung@Kad Berantai:
1. jerebu
2. pencemaran sungai
3. hidupan liar di dunia
4. tumbuh-tumbuhan semulajadi di dunia
5. kesan negatif pembandaran
6. kepentingan tanah tingg
i

Thursday, June 2, 2011

Berapa banyak Tumbuhan Semulajadi

Setiap pelajar yang belajar mata pelajaran Geografi tentunya telah mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi.  Mungkin sekadar kenal satu mahupun tiga jenis iaitu hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan hutan gunung.  Sebenarnya masih banyak lagi jenis tumbuhan semula jadi yang belum diketahui sepenuhnya oleh sebahagian daripada kita.


Jenis tumbuhan semulajadi dibahagikan mengikut jenis iklim kerana faktor utama pertumbuhan pokok-pokok adalah bergantung kepada iklim (suhu, hujan).  Sekiranya kita berada di zon iklim panas, maka sudah tentu kita tidak dapat mengenali daun maple, lavender ataupun baobab.  Begitu juga apabila kita dibesarkan di kawasan gurun, maka kita tidak mengenali pokok cengal, jati ataupun merbau.


Taburan Tumbuhan Semulajadi Dunia:

1.  Hutan Hujan Tropika


Taburan hutan hujan tropika dunia


Lapisan-lapisan hutan hujan tropika


 Lantai hutan yang jarang  - terdapat pokok renek, tumbuhan herba, saprofit (kulat, cendawan), lumut






 Akar banir

Bunga Pakma @ Rafflesia - bunga terbesar di hutan hujan tropika tetapi awas...busuk!!

Tumbuhan epifit terbesar di hutan hujan tropika - orkid harimau @ Bunga Puteri @ Grammatophyllum Speciosum 




 Hidupan liar - kelawar, burung, monyet, tupai, musang, seladang, harimau, kancil

....akan bersambung dengan tumbuhan hutan monsun tropika pada episod akan datang...

Wednesday, June 1, 2011

Inovasi dan 3R

Dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Geografi di sekolah, tidak pernah lekang guru mengucapkan 'antara kaedah terbaik untuk menyelamatkan alam sekitar ialah melalui 3R'.  Apakah 3R atau kitar semula telah dirungkaikan dalam http://iki292.blogspot.com/2011/05/recycle-reuse-reduse-3r.html .


Bermula tahun 2010 lagi, Panitia Geografi SMK Taman Tuanku Jaafar telah menerapkan konsep 3R kepada pelajarnya.  Antara barangan yang digunakan ialah kotak kertas, kotak kasut atau apa sahaja kota yang difikirkan unik di mata penggunanya, barangan plastik, kaca malahan kuali, periuk atau permukaan meja, kerusi yang lama boleh diubah menjadi cantik dan baru.


Konsep 3R yang diterapkan oleh Panitia Geografi ini sebenarnya dikenali secara umum sebagai "DECOUPAGE" atau découpage merupakan satu teknik tampalan pada kaca, papan atau kayu, ceramik dan tin dengan menggunakan kertas seperti tisu, wallpaper, wallborder dan kertas pembalut hadiah. Manakala DECAL pula  merupakan satu teknik tampalan sama seperti DECOUPAGE tetapi mengggunakan medium seperti sticker .

Sejarah awal penemuan teknik decoupage boleh dilayari melalui: 

1.http://decoupage.org/abitof.htm


2.http://www.studiod.decoupage-online.com/history.html

Langkah-langkah untuk buat decoupage. 

1. Gunting kecil, berus kecil, pinggan dan kertas tisu. 

2. Gunting kertas ikut bentuk bunga. Sebab itu, guna gunting kecil. 

3. Pastikan bahagian permukaan yang akan digunakan bersih dari habuk dan sebagainya.

4. Letak tisu yang telah siap gunting. 

5. Sapukan varnish bermula dari tengah dan dibawa ke atas, tepi, kiri, kanan dan bawah. Jangan sentuh dengan tangan, jika kertas berkedut...gunakan spounge untuk ratakan kertas. 

6. Bila sudah siap disapu, keringkan permukaan tersebut.

7. Sapu kali kedua varnish untuk memastikan permukaan yang ditampal terlindung dari percikan air atau kekotoran 

Untuk Hasil yang lebih bagus....sapu varnish banyak kali sehinggga tepi bahagian tampalan terasa licin.


Selain itu, untuk menampakkan keunikan dan menyerlahkan kecantikan permukaan yang telah ditampal, ianya boleh ditambah dengan penggunaan teknik 3D.


Teknik 3D paling asas ialah dengan menggunakan polisterina nipis.  Gunting mana-mana corak yang diingini dan tampal di atas permukaan polisterina menggunakan gam PVA.  Apabila ianya kering, gunakan pemotong polisterina untuk memotong polisterina yang telah ditampal dan selepas itu tampal di atas permukaan yang siap menggunakan teknik decoupage tadi.


Pada bulan Februari 2011, Kelab Pengguna dan Panitia geografi telah bergabung untuk menghasilkan bahan-bahan terbuang yang boleh dikomersialkan.  Kami juga telah mengubahsuai bahan-bahan asas yang digunakan untuk penghasilan barangan decoupage bersesuai dengan moto modal yang sedikit dengan pulangan lumayan.  Maka, idea 3R atau teknik Decoupage telah diterapkan dalam proses menggunakan semula bahan terpakai dan terbuang.  Persembahan telah dijalankan di sebuah hotel di Port Dickson.  Akhirnya, Kelab Pengguna telah menjulang tempat ke-2 peringkat negeri bersama wang tunai RM700.00 dan trofi.  


Sebahagian hasil kerja tersebut telah dijual dan kepada sesiapa yang berminat untuk menempahnya sila hantar e-mail kepada:iki29296@yahoo.com atau telefon SMKTTJ: 066774582.  Pihak Panitia Geografi dan Kelab Pengguna juga bersedia memberikan khidmat nasihat kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini.


















































More Photo:



Selamat berdeko....selamatkan alam sekitar anda!!!