Tuesday, April 12, 2011

Menjadi Pelajar Cemerlang



Bukannya susah untuk bergelar 'Cemerlang' dalam apa juga bidang hatta dalam pelajaran. Cuma...memerlukan sedikit kederat dan keringat anda. Usah mengeluh "uuuuuuhhhhhh", "aaaaarrrrrggggghhhhh","huuuuuuh" dan pelbagai macam intonasi bunyian yang menjurus ke arah kekecewaan. Semua manusia dianugerahkan dengan kelebihan dan kebolehan. Maka, jangan diselubung, disorok, dipenyek-penyek keistimewaan itu.

Sesekali.....melihat ke dalam cermin dari hujung rambut ke hujung kaki mampu menjadi 'scanner' ataupun mesin penggera yang boleh mengesan betapa hebatnya kita. Jangan dihukum diri sendiri dengan ion-ion negatif kerana kita sebenarnya membaja diri ke arah menjadi negatif.

Tidak salah kita senyum simpul sambil memuji....sebenarnya aku seorang yang bijak..aku bijak kerana pernah lolos dari lubang-lubang tikus di persekitaran sekolah, aku pintar kerana pernah memperdaya kawan untuk aku "pow" duitnya, aku cantik bak Angelina Joling kerana gambar yang pernah ku uploadkan ke facebook di'Like' oleh sebilangan jejaka ....dan .... aku........

Maka......siapakah yang sebenarnya lembab, galus atau tidak cerdik????? Sebenarnya..Tuhan menjadikan semua manusia dengan keistimewaan....jadi....Luangkan sedikiiiiiiit sahaja masa anda untuk:

1. Masa sebelum tidur - sambil berbaring, amalkan teknik belajar secara bayangan. Dengan menggunakan hujung jemari, tuliskan apa sahaja yang terbayang di atas tilam.

2. Sekiranya tidak nyenyak tidur atau terjaga dari tidur - cuba bayangkan saat-saat riang anda belajar di sekolah siang tadi dan tulis dengan hujung jari di atas tilam sampai anda lelap.

3. Masa bangun pagi atau subuh - senyumlah kerana masih lagi bernyawa dan bayangkan semula apa yang telah dipelajari semalam.

4. Masa mandi - cuba ingat semula apa yang telah dilupai.

5. Masa berdandan - sambil senyum ataupun sengih, baca dengan nada suara berbisik nota-nota yang dilekatkan di sisi cermin (jadikan pantulan imej anda adalah kawan anda).

6. Masa sarapan pagi - baca apa sahaja bahan bacaan ringan seperti majalah atau surat khabar.

7. Masa berjalan ke sekolah - tanya diri tentang sifir atau formula

8. Masa menunggu bas - baca nota-nota ringkas pelajaran hari tersebut

9. Masa dalam bas/kenderaan - baca cepat topik pelajaran hari tersebut

10. Masa menunggu masuk kelas - baca cepat dengan nada suara perlahan topik pelajaran hari tersebut.

11. Masa menunggu guru masuk kelas - jawab dua tiga soalan latih tubi.

12. Masa rehat - baca mana-mana fakta yang di tampal sekitar perkarangan sekolah.

13. Masa sebelum pulang - pastikan semua kerja rumah siap.

14. Masa rehat waktu petang - baca majalah atau bacaan ringan.

15. Masa menonton tv - lukis rajah, peta, tulis formula, atau peta minda.




Salie292......

No comments:

Post a Comment