Sunday, April 17, 2011

Epifit...

Hutan Hujan Tropika merupakan hutan yang kaya dengan segala macam spesies. Bermula dengan tumbuhan menjalar hingga tumbuhan menumpang yang dipanggil 'epifit'.

Sekali dengar tumbuhan epifit atau tumbuhan 'udara' tidak pernah disebut walau di mana sahaja terutamanya di khalayak ramai. Ramai juga pelajar di sekolah yang termanggu-manggu apabila guru Geografi mahupun guru Sains menyebut tentang tumbuhan epifit.

Secara umumnya, tumbuhan epifit merupakan tumbuhan yang menumpang di atas tumbuhan lain dan menghasilkan makanan sendiri. Bahan-bahan seperti daun-daun kering, bangkai serangga serta segala partikel yang melekat pada pokok epifit akan ditukar menjadi makanannya. Tumbuhan epifit mengguna cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis dan tumbuhan ini tidak akan menyerap mana-mana nutrien daripada perumahnya untuk membesar.

Orkid merupakan tumbuhan paling banyak didapati dalam kumpulan tumbuhan epifit. Orkid merupakan keluarga terbesar yang boleh didapati di mana-mana sahaja sebagai tumbuhan menumpang terutamanya di zon tropika.


BUNGA Puteri atau Grammatophyllum Speciosum atau Tiger Orchid. adalah spesies orkid yang terbesar di dunia dan ia merupakan tumbuh liar menumpang di atas pokok yang tinggi di dalam hutan. Batangnya berjurai sepanjang tiga meter dan rumpun pangkalnya dipenuhi dengan akar angin. Bunganya keluar pada tangkai yang tegak sepanjang dua meter dan pada satu tangkai terdapat empat hingga 50 kuntum bunga yang besar.

Pembiakan orkid bunga Puteri adalah dengan cara membelah rumpunnya. Belahan rumpun yang mempunyai akar angin ditanam terus ke dalam pasu besar atau kotak penanaman yang diisi dengan pecahan batu bata merah atau arang kayu.

Belahan rumpun boleh juga diletakkan pada pangkal dahan pokok besar dan diikat supaya tidak jatuh. Sebagai pokok menumpang (epifit) orkid ini mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Bagaimanapun, bunga Puteri memerlukan cahaya matahari secukupnya selain putaran angin yang baik. Bunga Puteri juga memerlukan nutrien yang seimbang bagi kesuburan dan pengeluaran bunganya.

Keluarga Orkid
(Sumber: Wikipedia)

Terjemahan Epifit:

The word "Epiphyte" occurs as such in the following languages: English, Simple English.

Translation(s) in other languages: Bulgarian: Епифит, Catalan: Epífit, Czech: Epifyt, Danish: Epifyt,German: Epiphyt, Estonian: Epifüüt, Spanish: Epifita, French: Épiphyte, Croatian: Epifitne biljke,Indonesian: Epifit, Italian: Piante epifite, Hebrew: אפיפיט, Javanese: Epifit, Lithuanian: Epifitas,Hungarian: Epifiton, Dutch: Epifyt, Japanese: 着生植物, Norwegian (Bokmål): Epifytt, Norwegian (Nynorsk): Epifytt, Polish: Epifit, Portuguese: Epifitismo, Romanian: Epifit, Russian: Эпифиты,Slovak: Epifyt, Finnish: Päällyskasvi, Swedish: Epifyt, Turkish: Epifit, Ukrainian: Епіфіти,Chinese: 著生植物.





Salie292......

No comments:

Post a Comment