Bermula tahun 2010 lagi, Panitia Geografi SMK Taman Tuanku Jaafar telah menerapkan konsep 3R kepada pelajarnya. Antara barangan yang digunakan ialah kotak kertas, kotak kasut atau apa sahaja kota yang difikirkan unik di mata penggunanya, barangan plastik, kaca malahan kuali, periuk atau permukaan meja, kerusi yang lama boleh diubah menjadi cantik dan baru.
Konsep 3R yang diterapkan oleh Panitia Geografi ini sebenarnya dikenali secara umum sebagai "DECOUPAGE" atau découpage merupakan satu teknik tampalan pada kaca, papan atau kayu, ceramik dan tin dengan menggunakan kertas seperti tisu, wallpaper, wallborder dan kertas pembalut hadiah. Manakala DECAL pula merupakan satu teknik tampalan sama seperti DECOUPAGE tetapi mengggunakan medium seperti sticker .
Sejarah awal penemuan teknik decoupage boleh dilayari melalui:
1.http://decoupage.org/abitof.htm
2.http://www.studiod.decoupage-online.com/history.html
Langkah-langkah untuk buat decoupage.
1. Gunting kecil, berus kecil, pinggan dan kertas tisu.
2. Gunting kertas ikut bentuk bunga. Sebab itu, guna gunting kecil.
3. Pastikan bahagian permukaan yang akan digunakan bersih dari habuk dan sebagainya.
4. Letak tisu yang telah siap gunting.
5. Sapukan varnish bermula dari tengah dan dibawa ke atas, tepi, kiri, kanan dan bawah. Jangan sentuh dengan tangan, jika kertas berkedut...gunakan spounge untuk ratakan kertas.
6. Bila sudah siap disapu, keringkan permukaan tersebut.
7. Sapu kali kedua varnish untuk memastikan permukaan yang ditampal terlindung dari percikan air atau kekotoran
Untuk Hasil yang lebih bagus....sapu varnish banyak kali sehinggga tepi bahagian tampalan terasa licin.
Selain itu, untuk menampakkan keunikan dan menyerlahkan kecantikan permukaan yang telah ditampal, ianya boleh ditambah dengan penggunaan teknik 3D.
Teknik 3D paling asas ialah dengan menggunakan polisterina nipis. Gunting mana-mana corak yang diingini dan tampal di atas permukaan polisterina menggunakan gam PVA. Apabila ianya kering, gunakan pemotong polisterina untuk memotong polisterina yang telah ditampal dan selepas itu tampal di atas permukaan yang siap menggunakan teknik decoupage tadi.
Pada bulan Februari 2011, Kelab Pengguna dan Panitia geografi telah bergabung untuk menghasilkan bahan-bahan terbuang yang boleh dikomersialkan. Kami juga telah mengubahsuai bahan-bahan asas yang digunakan untuk penghasilan barangan decoupage bersesuai dengan moto modal yang sedikit dengan pulangan lumayan. Maka, idea 3R atau teknik Decoupage telah diterapkan dalam proses menggunakan semula bahan terpakai dan terbuang. Persembahan telah dijalankan di sebuah hotel di Port Dickson. Akhirnya, Kelab Pengguna telah menjulang tempat ke-2 peringkat negeri bersama wang tunai RM700.00 dan trofi.
Sebahagian hasil kerja tersebut telah dijual dan kepada sesiapa yang berminat untuk menempahnya sila hantar e-mail kepada:iki29296@yahoo.com atau telefon SMKTTJ: 066774582. Pihak Panitia Geografi dan Kelab Pengguna juga bersedia memberikan khidmat nasihat kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini.
More Photo:
Selamat berdeko....selamatkan alam sekitar anda!!!
No comments:
Post a Comment