Tuesday, August 9, 2011

DEMAM......Peperiksaan Melanda!!!!! Lagiiiii......



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN...

PMR

SPM

MUDAH-MUDAHAN ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG..

Bulan Kemanusiaan

Salam Ramadhan buat semua pembaca dan pegikut blog Panitia Geografi SMKTTJ.  Agak lama tidak mengemas dan menyapu di halaman blog ini hingga bersawang.  Al-maklum la pembantu rumah tidak lepas semasa memohon untuk pendaftaran biometrik.  Jadi, untuk tidak dipanggil PATI, maka terpaksalah kami menghantar pulang melalui jalan air menongkah arus Selat Melaka dari Jeti Kapal Port Dickson.  


Mulai 15 Ogos 2011, Bidang Kemanusiaan akan menganjurkan Bulan Kemanusiaan sempena bulan kemerdekaan bermula 01 Ogos hingga 16 September.  Memandangkan sekarang bulan keberkatan bagi umat Islam, segala aktiviti luar telah dikurangkan dan majlis pelancaran Bulan Kemanusiaan akan dijalankan dalam suasana sederhana.


Bersempena dengan itu, Panitia Geografi juga akan menganjurkan beberapa aktiviti yang difikirkan boleh mengetengahkan dan menyerlahkan bakat serta kreativiti pelajar SMKTTJ.  Penglibatan semua pelajar akan menambahkan kemeriahan semasa aktiviti ini berjalan.


Aktiviti Panitia Geografi:


1.  Penghasilan blog mata pelajaran Geografi - semua pelajar yang telah mempunyai blog peribadi mahupun sedang mengendalikan blog dibawah pemantauan guru dialu-alukan untuk menghasilkan blog mata pelajaran Geografi.  Segala isi kandungan blog tidak terikat hanya kepada sukatan dan tajuk-tajuk yang dipelajari di sekolah, malahan pelajar boleh menuliskan tentang apa sahaja isu berkaitan Geografi global seperti hidupan liar dunia, tempat menarik untuk dilawati, fakta-fakta menarik atau apa sahaja tentang geografi.  Anda boleh menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris mahupun bahasa lain yang dikuasai oleh blogger.  Pastikan blog anda dilinkkan di ruang sembang atau menjadi follower blog ini.


2.  Pertandingan Power Point - khusus kepada mereka yang meminati bidang grafik designer.  Jumlah minimum slide ialah 15 keping.  (Tarikh hantar:  25 Ogos 2011)


3.  Nota Gantung@Kad Berantai - Cuba mencungkil kreativiti pelajar semasa menghasilkan nota ringkas.  Tajuk nota akan diberikan di penghujung siaran. (Tarikh hantar:  25 Ogos 2011)


4.  Decoupage (3R) - Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menambah wang saku.  Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini akan diberi tunjuk ajar percuma tentang cara-cara menghasilkan decoupage.  Sesi pertama tunjuk cara akan dilakukan pada 16 Ogos 2011 (selasa) jam 0800 pagi hingga 1030 pagi - dan sesi kedua akan menyusul pada 18 Ogos 2011 (Khamis) mengikut ketetapan yang sama.  Pelajar sesi petang yang berminat untuk menambah wang saku, anda boleh hadir dengan membawa kotak kosong, botol jem, botol plastik atau apa sahaja bahan yang ingin dihiaskan, serta bawa bersama sponge dan berus lukisan.  Hasil kerja pelajar mesti dihantar pada hari yang sama untuk pemilihan pemenang.


Tajuk Power Point dan Nota Gantung@Kad Berantai:
1. jerebu
2. pencemaran sungai
3. hidupan liar di dunia
4. tumbuh-tumbuhan semulajadi di dunia
5. kesan negatif pembandaran
6. kepentingan tanah tingg
i